Tak kenal maka tak cinta ^_^

Assalamualaikum hi :)
korang pernah tengok citer Mimi Mencari Cinta tak? citer ni siar kat Astro.. Alahh korg yg ade Astro kat rumah mesti tengok punya. Tapi rumah aku takde Astro huhu
Ainaa lah yg start citer pasal ni. Dengar citer dia, aku terus tertarik nak tgok citer ni. So, aku guna internet.
#kalau korang nak tengok movie, drama, telemovie and what so ever, korang boleh search je ni http://www.malaymoviesfull.blogspot.com/ .. haa kat sini memang for sure lah korg mesti suka hihi
Then bila aku start tengok citer ni, wahh tangkap cinta.. haha meh aku citer sikit pasal citer ni..

Hero citer ni Zizan Nin (Haikal) and heroin dia Scha alYahya(Mimi).
Mimi ni pekerja kat hypermarket Carefour. Mimi seorang yang melatah dan sedang mencari putera hatinya. Tapi malangnya, setiap lelaki yg mula nak rapat dengan dia tak bertahan lama sebab Mimi ni kuat melatah. Dia ade dua org kwn rapat, E.J dgn John.
Haikal anak pemilik hypermarket Carefour. So, bapak dia suruh dia handle Carefour tu. Haikal yang org bandar pun terpaksalah ikut ckp bapak dia. Dia dengan adik lelakinya, Haziq pun berpindah ke situ. Tapi Haziq nak mulakan kerja dari bwh. So, dia kerja sama macam Mimi. Perangai Haziq sangat lain dengan Haikal. Haziq seorang yang baik, peramah dan mudah berkawan. Tapi Haikal ni sombong, tak suka bergaul dengan org bawahan. Nak dipendekkan citer, banyak perkara yg berlaku hingga menyebabkan Haikal rapat dengan Mimi. Ada satu babak yg sangat sweet yg menunjukkan kan Haikal ni sangat protect akan Mimi. Masa tu dorg pergi makan dekat warung. Then pelayan tu hantar air, bila dia letak air atas meja, Mimi ape lagi.. melatah lah kan. Haikal terus marah pelayan tu. #aku siap hafal dialog tu haha tapi tak perlu kot tulis hihi
Gentle bole? haha

Okay sampai episod last, Mimi pilih untuk kawin dgn Nordin, pilihan mak dia sebab Mimi gaduh dgn Haikal. Before nak angkat nikah, Mimi boleh tertidur. Dalam mimpi dia, dia berkawin dengan Nordin, then mengandung.. tapi hati dia tak gembira. Setiap hari dia teringat kan Haikal. Bila dia tersedar dari tidur, dia terus mintak kebenaran dari Nordin. Baiknya hati Nordin melepaskan Mimi. Mimi pun terus pergi rumah Haikal. Sampai je kat rumah Haikal, Mimi panggil Haikal, tapi takde orang sambut. Hampa gila boleh. Baru je Mimi nak balik, then pintu rumah Haikal terbuka. Rupanya Haikal memang ade kat dlm rumah tu. Nahh bace dialog ni #aku hafal lagi haha

H  : kenapa lambat sangat ?
M : awak tau saya nak dtg ?
H  : saya dapat rasakan.
M : poyo.
H  : Mimi, saya sayang awak lebih dari segala-galanya.
M : saya..
H  : saya tau awak pun sayangakan saya lebih dari segala-galanya.
M : mana awak tau?
H  : awak lari dari majlis angkat nikah awak, semata-mata nak jumpa saya. tak ramai perempuan boleh buat macam tu.
M : tadi saya bermimpi.
H  : apa mimpi awak bagitau ?
M : saya akan menyesal kalau buat pilihan yang salah.
H  : saya pilihan yang betul ?
M : saya tak pasti, tapi saya tak menyesal.
H  : awak pasti awak tak menyesal ?
M : saya tak tau, tapi saya ada awak.
H  : Mimi, saya tak kemana-mana pun. Awak boleh je tukar baju dulu kan. Lepas tu baru datang jumpa saya. Kita bukan macam dalam drama, yang saya larikan diri naik kapal terbang, then awak jerit 'Haikal..Haikal..'
M : saya cuma nak tunjuk baju saya #kalis kuat hehe
H  : cantik.
M  : macam saya?
H : a'ah.

korang kalau baca pun mesti dpt rasa betapa sweetnya dorang kan? tapi kalau korang tengok sendiri drama ni, lagi better. guess what, aku boleh ingat dialog nya. memang terbaiklah kan citer ni. btw, thanks Ainaa sebab perkenalkan drama ni. kalau lah ada lelaki yang se 'sweet' watak 'Haikal' ni? cari lah. memang untung sape jumpa. hehe kerja gila ni post khas buat drama Mimi Mencari Cinta. whatever it is, aku memang suka citer ni. kalau markah penuh bintang citer ni sepuluh, aku bagi 11+++++ bintang haha
lagi satu, ce korg dengar lagu 'Hanya Kerana Cinta'. best. even dah lama lagu ni, tapi best. best. best haha
okaylah enough for today. byee ^_^