hewhew :D

Yeeepppyyy ! SPM? finish already. wahh excited ni ^_^
pejam celik pejam celik dah habis dah exam. macam tk percaya pulak. study for 2 years, but attend the examination just for 9 days. its cool right? yeah cool~ haha

30 NOVEMBER 2011, RABU.

-----> BIOLOGY 1

* dalam fikiran, pehh tk sabar nak habis exam hehe
* nak bace ape ni pagi2? kalau bace pun dah tk bole masuk kepala. okay alasan, kau malas haha
* 'pelajar, bole siap sedia masuk dewan' cikgu cakap. dengan kaki kanan aku masuk dewan
* boring bole? kelas 5 Arif je? mane 5 Bestari? okay korang dah merdeka awal :( huhu
* jawab, jawab, jawab..
* 'pelajar, masa menjawab telah tamat. kertas jawapan akan dikutip sekarang' ayat ketua pengawas..
* keluar dewan dengan muka selamba, habis satu rintangan.. haha

----->BIOLOGY 2

* paper 2..keluar ape ni? tanya soalan gila. mane lah tau soalan ape.. haha
* hantar buku teks kat bilik SPBT.. once again, yahoo dah tk payah guna buku teks lagi.. cehh berlagak!
* double fertilisation, enzyme, variation, nutrition.. segalanya aku telan.. haha
* sekali lagi, 'pelajar, bersedia untuk masuk ke dalam dewan'..
* seperti biasa, masuk dewan dengan kaki kanan, hati rasa gementar, tapi nmpak pengawas cute, aku pun jadi senyum je macam dia! haha
* before start exam, ketua pengawas baca kan arahan.. dalam masa 8 hari exam, aku dengar ayat yang sama. bosan. dah bole hafal dah ayat dia. 'mak, dah besar nanti cita2 nak jadi pengawas peperiksaan' haha
* bukak paper, bace soalan. hampeh ape yang aku hafal, semua ke laut..nevermind, Alhamdulillah soalan dia masih boleh dijawab.
* 'pelajar, masa menjawab tinggal 10 minit, anda dilarang keluar dewan'.. haha see? aku hafal lagi ayat dia..
* tetttt.. 12.30! satu lagi rintangan habis.
* keluar dewan, buat muka seposen. seposen tk seposen, yg penting tinggal paper 3! yeehaaa :D

----->BIOLOGY 3

* okay saat yg paling aku tunggu. not me only, but all the 5A's student ^_^
* before exam, g solat zohor kat surau. 'solatlah kamu sebelum kamu disolatkan' hehe
* selak2 buku, bace eksperimen.. selak2 je okay, tk masuk sgt pun hampeh eda! haha
* lagi sepuluh minit nak start exam. get ready guys! this is the last moment before we start the exam!
* dalam dewan, before start exam, ketua pengawas tu potpetpotpet pasal peraturan.haaa baiklah saya faham!
* alhamdulillah, soalan okay. ombak tk besar sangat, agaknya sebab dah start musim banjir. haha
* 3 ptg..cepat lah masa berlalu..berlalu.. tapi yg lalu hanya pengawas2 tu je kat sebelah aku hehe
* dah siap jwb, koyak kertas belakang.. nilah perkara yg paling aku suka sepanjang exam SPM ni. lastday koyak kertas ni..lepas ni dah tkde dah huhu :( gedikk!
* 5..4..3..2..1.... 'pelajar, masa menjawab telah pun tamat' hehe aku dengar bunyi 'yess' drpd belakang, tepi, depan..termasuk suara aku haha
* kertas sume dah kutip. pengawas tu pun tegur, 'hari ni saya nampak muka2 awak semua ceria. kenapa?'
haiyaa tk tau ke?okay mesti tk tau. hehe
* harini kitaorg semua 'basop' je.. baik + sopan.. haha
* before keluar, ucap terima kasih dulu kat pengawas2 tu. then buat 'tepuk2 terima kasih' sekali hehe special :)
* keluar je dewan... ehh habis exam dah? haha bengong.. serius macam tk percaya.
* lepas tu ade jamuan kat kantin, tapi before tu g amek gambar dengan pengawas2 tu dgn pengetua dulu. cool kan? yeahh sporting ^_^
* tukar baju kelas, g kantin, makan.. sweet moment ever after. even melayu ade, cina ade, india ade, tapi kitaorg bole berbual mcm kat warung kopi. lepas ni mesti rindu. rindu? tkpe facebook kan ade. facebook aje! haha
* habis jamuan, semua start balik.. aku pun start menghabiskan sisa2 persekolahan dgn jalan kaki bersama-sama makcik2 sporting tu hehe


entah bila lagi dapat rasa pengalaman macam ni. kat universiti? i dont think so. hehe
and now, dah start boring...........
tkpe, bruno mars kan ade. Today I dont feel like doing anything.. I just wanna lay in my bed ! haha
okay tu je nak kepoh hari ni.
Friends, till meet again ^_^