Insan biasa.



Tengok gambar tu. Bukan aku berangan nak ke sana. Bukan juga kerana aku kenal orang yg kat tengah2 tu.
Orang tu? Kenapa ye dia diri kat situ? Nak bunuh diri ke?

'Ohh agaknya dia putus cinta'

haha pandai-pandai buat andaian. Entah lah, leave it. Bukan masalah aku.
Cuma aku terpikat dekat air tu. Aku tak tau nak spesifikasikan air tu air ape.
Air laut ke air pantai ke air muara sungai ke.
Ahh pening. huhu
Tapi, air tu tenangkan? Sangat tenang. Dan itulah yang aku harapkan.
Ketenangan hati dan perasaan didunia dan akhirat.
Zaman sekarang ni susah nak jumpa ketenangan. Ramai beranggapan,

'Kau banyak duit, kau ada harta, kau kaya, kau bole buat apa kau suka, kau akan tenang'

Sampai macam tu sekali kan? Harta banyak macam mana pun, belum tentu kau dapat ketenangan lah derr.
Banyak dah kisah-kisah benar yang boleh dijadikan teladan.
Bila tengok, pehh insaf. Cukup insaf.
Kadang-kadang manusia hidup kat dunia ni memang sering terleka dengan kebendaan.
Tak payah cari jauh-jauh, aku pun antaranya.
Sibuk mengejar duniawi sampai lupa akhirat. Masyaallah. Insaf.
Tapi setiap insan juga diberi peluang untuk berubah. Tiada yang sempurna.
Bak kata orang puteh,

'Nobody is perfect'

haa kan canntuuww. hehe Thats mean, setiap kesalahan yang dibuat masih boleh dipohon keampunan.
Pintu taubat tu sentiasa terbuka sehinggalah hari kiamat.
Dan selagi itulah aku akan terus memohon keampunan daripadaNya.
Ya Allah, kau permudahkanlah untuk umat-umat mu ini untuk beribadah kepada mu.
Tabahkanlah hati umat-umat mu menghadapi dugaan yang Kau beri kepada
kami sebagai ujian menjalani kehidupan yang penuh liku-liku didunia.
Kelak pasti ketenangan, kebahagian yang abadi menanti.
Ye, aku akan terus mencari dan menunggu ketenangan yang abadi. Aminn.