The Last.

Assalamualaikum hehe
Satu, dua, tiga, .... empat belas, lima belas! woww dah lima belas hari aku tak updated blog ni hewhew
busy benar. Ye aku memang busy. Fyi, aku dah keje sekarang ^_^
Dokek ajooo... kat everjoy atau lebih popular dengan EJ Mall haha gerek kan? Nahh tulah dia!
Tulah tempat yang paling dekat dengan rumah aku. Takyah kua duit tambang, takyah kua duit makan. Jimat kan? hehe gaji takde lah besar mane. Kebanyakan orang yang tanya aku, 'gaji berapa?' aku pun jawab lah '.....' then dorang terus cakap, 'sikit nya'.. ahh whatever lah. Aku tak kesah berapa gaji, yang penting aku tak buang masa mcm tu je kan. Atleast, aku dapat pengalaman macam mane rasenya bekerja. Macam mane rasenya penat lelah cari duit sendiri. Rase yang mak ayah aku rase untuk tanggung aku selama ni. Sememangnya amat perit okay. hehe thanks mak, thanks ayah. I love you !
Lepas seminggu aku kerja, aku kene jadi cashier. Wahh gugup aku ! Ingat senang ke nak jaga tanggungjawab besar tu? Duit kurang, kene ganti haha and alhamdulillah, setakat ni everything is under the control. Keep it up Eda ^_^

Okay dah dah le tu citer pasal keje. Today is the last day for this year hewhew
Tahun ni memang banyak kenangan. Tahun ni jugak merupakan tahun penting aku, yelah calon SPM hehe
Nak aku flashback balik kenangan2 tahun ni? haha nanti jadi karangan 360 patah perkataan pulakk haha
Tahun ni aku rasa aku dah kenal apa erti persahabatan. Cuma aku tak pasti aku dah jumpa sahabat ke belum. But the things that I can say is, aku bersyukur sebab aku dapat kawan2 yang memang memahami aku. Thanks yayang-yayang ku sekalian winkwink ^_^
Sekarang masing2 dah keje. Bagus, nanti dapat gaji kita keluar sama-sama. Then sape gaji paling tinggi kene belanja haha tak adil betul :D
Online facebook dengan twitter, almost update status pasal 'new year' hehe musim-musim !
Aku pun hehe tapi bukan hari ni lah, semalam okay, advanced !

Esok, 2012. As usual, soalan paling famous. 'Apa azam tahun baru kau?' haha kan? kan?
Then macam-macam lah jawapan yang keluar. 'Aku nak study betul-betul' , 'Aku nak tukar handphone' , 'Aku taknak nangis-nangis lagi' , 'Aku taknak gaduh-gaduh' , 'Aku nak try makan sambal belacan dengan petai' , 'Aku nak cari pakwe baru' and so on... wahh banyak kan? but it's reality guys !
Bagi aku, azam bukan just bila masuk tahun baru je. Setiap hari, bila kau bangun dari tidur pun kau kene ade azam and target kau untuk that day. Baru boleh berjaya kan. hehe that is me. Lain orang lain cara. Tapi tak salah kalau setiap hari kita cuba muhasabah and memperbaiki diri sendiri kan?
Tadi aku pergi Mph Bookstore. Then terbaca satu ayat ni. 'Better late than never' . Kira okaylah kalau lambat daripada takde langsung. Its same goes with this. Even sometimes kita rase dah terlambat untuk mengubah sesuatu tu, tapi lebih baik kan daripada tak mengubah apa-apa ? Try it, then you'll feel it :)

Yoo panjang nya aku potpetpotpet kali ni. hehe takpe, cover untuk lima belas hari yang lepas hewhew
Erm, ada lagi tak? hehe yups ada lagi. Hari tu aku mimpi buruk. Guess what? Aku mimpi result aku teruk. Haaa takut :( memanglah mimpi tu mainan tidur, gangguan syaitan. Tapi sikit sebanyak banyak banyak  mempengaruhi fikiran jugak kan? Alahai takutnya aku. Apa-apa pun, bukan boleh nak ulang balik semua kan? takkan nak pergi cari kertas, then curi, then tukar jawapan yang betul, then pulang balik and then congrate! you've got straight A's in Spm. wahh dasyat. But its really really impossible. haha saje je aku merepek tu, mereng dah. Yang penting, doa. Tulah kekuatan sebagai umat Islam. Hari-hari malah setiap waktu solat aku berdoa untuk keputusan aku. Bukan nak mintak keputusan yang sempurna, aku tau aku belum layak untuk semua tu. Tapi cukuplah sekadar boleh memberi nama baik untuk mak dan ayah aku. Itulah yang paling bernilai untuk mereka. Insyaallah mak ayah, dengan kehendakNya, maka jadilah ia :)

Mengantuknya. Selama tiga belas hari aku kerja, cuma satu hari je yang aku masuk shift tengah hari. Yang lain semua shift pagi. hehe mana tak separa je mata aku ni. huhu
Take my word, perbaikilah diri sendiri setiap hari. Atleast 1 percent. Then you'll get the good life.
Okay lah, nak undur diri. Tak kemana pun, cuma tilam dah start usha aku. haha
tilam itew romantik aww ^_^ kenapa? awak nak pinjam? Tak bole tak bole :P hehe
Have a good life wherever you go. Byebye Assalamualaikum :)